Pages

Tuesday, December 3, 2019

Impact Jose Mourinho


jose mourinho kembali ke kancah EPL setelah berehat lama dari pemecatan kelab Manchester United.sekembali dari berehat panjang,mourinho tak teragak-agak utk buat spurs kembali bernyawa dengan 20 points di tempat kelima liga.selepas ini spurs bakal bertemu dengan bekas kelab bimbingan mourinho itu sendiri.di situ mungkin kita akan dapat lihat strategi atau percaturan yang bagus dari kedua2 pengurus baru kelab itu nanti.bagi aku permainan spurs kali ni agak laju dan tak mengikut rentak parking bus yang selau jose guna untuk kelab lama seperti chelsea dan manchester united.jose menggunakan dele alli sebagai playmaker dalam percaturan kali ini dan dilihat ia berjaya.


jose juga menggunakan eric dier dalam position DMF yang sebelum ini banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.eric dier ni ok actually tapi tak konsisten.sizing ada cuma agak slow.christian eriksen jarang diturunkan oleh jose tidak seperti sebelum ini.nasib lloris injured,kalau tidak mungkin cleansheet senang2 nak dapat.gazzaniga ok tapi pengalaman still kurang mungkin disebabkan kurang masa bermain.beliau patut mengambil kesempatan dengan kecederaan masa panjang GK world cup championship 2018.harry kane ni aku tengok da macam oliver giroud sebagai target man.jose bnyak menggunakan son yang laju untuk kucar kacirkan pihak lawan.

p/s : kalau nak ada satu cup,'special one' ini orangnya.




Friday, November 29, 2019

Lucifer


lucifer morningstar sudah memutuskan untuk tidak menjadi hamba di neraka dan memutuskan untuk menghabiskan masa di bumi untuk lebih memahami manusia.dia menetap di los angeles - city of angels.dia ni salah sorang malaikat muda dan terkenal sebagai syaitan oleh manusia.lucifer secara sukarela meninggalkan kedudukan di neraka untuk menjadi pemilik kelab malam dan mengendalikan sebuah pertubuhan bernama Lux.maziiken ni spesies setan jugak merangkap kawan baik,personal bodyguard dan hamba lama lucifer ni.






lucifer mula bekerjasama dengan detektif chloe decker apabila dia menyaksikan pembunuhan kawan baik dia.ini membuatkan lucifer mahu menghukum orang yang berdosa kat bumi.cerita ni more kepada investigation which is aku memang minat genre - genre yang macam ni.mula-mula diorang ni taknak bekerjasama jugak tapi akhirnya minah ni tangkap cintan jugak dengan lucifer ni.



antara pelakon yang membarisi lucifer ni ialah tom ellis,lauren german,kevin alejandro,lesley ann-brandt dan ramai lagi.tahun depan lucifer series 5 akan keluar.kat netflix ada full series drama ni kalau nak tengok.

p/s : devilishly good taste in humour







Monday, November 25, 2019

Oli McBurnie Buat Man United Bawa Pulang Satu Mata


Perlawanan Yang Perlu Menang Oleh Man Utd Disia-Siakan Oleh Skuad Solksjaer Menentang Shefield United Pagi Tadi. Sheffield Ni Antara Pasukan Yang Liat Untuk Dikalahkan Dengan Mudah Buat Masa Ini Dalam EPL Season Ni. Gameplay Dan Teamwork Yang Baik Dalam Pasukan Mampu Membuat Mana-Mana Team Yang Beraksi Boleh Down Masa Sendiri.Half Time Diorang Dah Membuktikannya Dengan Satu Gol Oleh John Fleck Pada Minit Yg Ke - 19. Game Man Utd Agak Goyah Apabila Phil Jones Diturunkan 1st Eleven Semalam Dan Terus Ditukarkan Dengan Jesse Lingard Pada Babak Kedua Perlawanan. Namun Sheffield Menambah Derita Red Devil Dengan Sepakan Luar Kotak Penalti Oleh Lyss Mousset Pada Minit Yang Ke - 52. Brandon Williams Membuat Kejutan Dengan Membuat Gol Yang Pertama Beliau Dalam EPL Musim Ini Dengan Rembatan Kencang Yang Menewaskan Keeper Kedua Sheffield United,Moore. 



Selang 5 minit Mason Greenwood Menambah Jaringan Untuk Mengikat Sheffield Hasil Hantaran Marcus Rashford. Player Man Utd Mula Menjumpai Rentak Sdan Menguasai Perlawanan.Hasilnya Rashford Terus Menambah Koleksi Gol Beliau Untuk Menjadikan 2-3 Dan Ternyata Nampak Seperti Man Utd Seolah-Olah Mendapat 3 Mata Dengan Mudah Namun Oli Mcburnie Menidakkannya Dengan Sepakan Dalam Kawasan Penalti Yang  Terkena Harry Maguire Terus Masuk Kedalam Gawang Gol Walau Sudah Ditepis Oleh David De Gea.Walau Solksjaer Dah Masukkan Axel Tuanzebe Dan Keluarkan Rashford Tapi Tak Dapat Mengekalkan Kemaraan Sheffield Utk Membawa Pulang 1 Mata Berharga.



p/s : perreira buat aku mencarut tak henti-henti 

Gegar Vaganza 2019 Minggu 7


Antara Program Realiti Yang Aku Layan Setiap Hari Ahad Selain Mentor Millenia 2019.Semalam Peserta Memang Sudah Buat Persembahan Yang Baik Cuma Ada Yang Tidak Kemas Dalam Menyampaikan Persembahan Pada Audience.Antara Yang Aku Rasa Baik Untuk Malam Tadi Ialah Hadi Mirza,Naqiu,Dan One Nation Emcess.Yang Lain Ok Cuma Tembakan Dia Mungkin Kurang Tepat.Wann Antara Yang Aku Rasa Agak Kureng Bagi Aku Seolah-Olah Lagu Itu Mcm tak  Sesuai Dengan Cara Wan Yang Terkenal Dengan Lagu Bossanova Itu.Wann Ni Antara Otai Yang Aku Minat Dan Suara Dia Memang Takde Orang Lain Ada Buat Masa Sekarang.Tema Malam Itu Ialah Caras (Cara Sendiri) Which Is Peserta Dikehendaki Menggayakan Nyanyian Masing-Masing Dengan Gaya Sendiri Dan Majoriti Otai-Otai Ini Mendapat Lagu Yang Terkini Contohnya Sumpah By Naim Daniel,Vroom Vroom (Nabila Razali) Dan Jatuh Bangun (Haqiem Rusli).Berikut Adalah Markah Untuk Konsert Minggu Ketujuh Gegar Vaganza 2019.

1. Hady Mirza (84%)


2. Naqiu (83%)


3. One Nation Emcees (70%)


4. Noorshila Amin (69%)


5. Jatt Ali (63%)


6. Roy (63%)


7. Nurfatima (63%)


8. Sham Visa (61%)


9. Wan (61%)




p/s : vokal sabhi sadhi malam tu memang umph 







Warehouse Sketchers



Semalam Aku Sempat Pergi Kesana Untuk Usha Sale Sketchers Ni.Sketchers Ni Bagi Aku Design Dia Simple Dan Sedap La Kalau Pakai.Ringan Pun Ringan.Serius Ramai Teruk Dengan Personal Shopper Bersepah Borong Dengan Berguni2 Beg.Aku Sempatlah Grab 2 Pasang Kasut Which Is Walking Shoes & Running Shoes.Dewan Tu Actually Aku Dah Pernah Sampai Utk Musikal Lawak Superstar,Cuma Berbeza Dengan Semalam Aku Ke Sana,Dalam Ni Mcm Ada  Sauna.Nak Masuk Beratur,Nak Bayar Pun Beratur.Design Takyah Cakap,Kalau Lambat Mesti Habis Sebab Depa Sekali Beli Borong.Pakcik Depan Aku Time Aku Beratur Utk Bayar Dari Teluk Intan.Bayangkan Gais.Papepun Tunggu Next Warehouse Kat Mitsui.Hehe

P/S : Makesure Datang Awal Untuk Dapat Barang Yang Uolls Nak


Thursday, November 21, 2019

Hidung Salih Yaacob Menjadi tarikan




KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.

Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.


“Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.


Tuesday, August 9, 2011

Fantasy Premier League


p/s : anda sudah membuat team fantasy premier league anda?
http://fantasy.premierleague.com/my-team/