Pages

Saturday, May 14, 2011

Belasungkawa


Penyanyi veteran era 60-an Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi. Penyanyi berusia 64 tahun itu dirawat di hospital tersebut dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia.Suami Allahyarham, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama, dikatakan berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah air (Papita) Datuk M Daud Wahid, yang juga sahabat Allahyarham, berkata Allahyarham Orkid berada dalam keadaan tenat baru-baru ini.

Katanya penyanyi yang popular dengan lagu "Penawar Rindu" itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.

Menurut M Daud, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi Khamis di mana beliau ditempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).Beliau yang merupakan seorang penyanyi rakaman popular Malaysia yang berdarah kacukan Arab dan Inggeris, sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

aimi jarr meninggal dunia

Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas penyunting berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.

Romy Jarr berkata bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Romy berkata Allahyarham merupakan seorang yang aktif sebagai aktivis dalam bidang seni.

"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.


p/s : Alfatihah

No comments:

Post a Comment