Antara petikan dari berita hairan
Kisahnya.....
Kematian adik Saiful
Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media
telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada
penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang
guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7
tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana
‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala,
suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya
dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami
pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca
lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal
dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga
seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di
asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan
pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga
menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes
tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan
rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih
curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan
Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry )
melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas
kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah
berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh
‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa
kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan.
Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah)
merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah
menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah
yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul
beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada
kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah
dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik
warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya,
dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan
telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.
Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal
yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut
dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam
bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah
membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil
menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing
gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas
ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital
tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu.
Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus
dimasukkan ke wad ICU.
Pada
malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan
memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h
pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke
icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang
3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya
pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah
cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan
baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca
melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah
angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang
kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama
keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful
tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang
berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia
tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah
setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang.
GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang
menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh
ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa
perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut
mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah
berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang
timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah
melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful
adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai
kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat
pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini,
meninggal akibat kekurangan oksigen.
Kami
juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung
oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur
ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian
berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah
Al-furqan, tempat kejadian )
Apa
yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’
peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga
berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai
senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS
bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah
keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat
mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif
kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik
yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang
bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada
mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
No comments:
Post a Comment