Arsenal,Liverpool serta Tottenham Hotspur mahu mendapatkan khidmat playmaker West Ham United ini pada musim perpindahan nanti.Spurs mahukan khidmatnya kerana mencari player yang mempunyai pengalaman dan mempunyai daya pimpinan dalam skuadnya musim depan kelak.Sebelum ni Harry Reknapp gagal menandatangani Phill Neville di Everton.Spurs juga mahu mendapatkan Shay Given dari City dan Craig Bellamy namun kebarangkalian untuk mendapatkan bellamy agak tipis kerana beliau mahu stay di Cardiff city.
Thursday, May 26, 2011
Speedtest P1
Baru mencuba speedtest P1 4G kat http://speed.p1.com.my/.Hasilnya tercatit dia atas.Selama aku paki WIFI ni kerajinan untuk meng'online'kan diri agak kerap berbanding semasa aku guna broadband.Nak download pun dah tak pikir kapasiti file tu besar ke kecik.
Kaki Jasmin Hamid Melecur
Jasmin Hamid antara dramatis popular yang lama bertapak di Malaysia.Dia ni selalu melakonkan watak komedi dan mula berlakon pada era 90-an lagi.Drama terbaru yang aku baru tengok lakonannya ialah 'Novelis Babysitter'.Tapi baru-baru ni peha Jasmin Hamid terkena dengan air panas.
gambar dari Facebook beliau
kesan melecur peha kanan
teruk kan kesan lecur kat kaki dia ni.lepas ni terpaksa la buang baju yang nampak peha dengan betis dia yang 'chantek' tuh.ye la parut da nampak.Tapi dalam hal ni tak tau la kan sapa salah sebab aku bukan ada kat tempat tu pun.Kalau ada pun aku hanya mampu tersenyum.
p/s : setiap yang berlaku ada hikmahnhya
Monday, May 23, 2011
Last Day of Premier League
Wigan terselamat dari tersingkir dari liga apabila menewaskan stoke city 1-0 di brittania stadium tadi.Gol tunggal itu dijaringkan oleh hugo Rodallega membolehkan Wigan beraksi lagi di EPL musim depan.Manakala Wolves pulak kalah dengan blackburn namun mereka tetap layak dengan 40 point.Birmingham City mengikut jejak langkah West Ham United setelah kalah pada minit-minit akhir dengan Tottenham Hotspur 1-2 di White Hart Lane.Satu lagi pasukan yang tersingkir ialah Blackpool yang menyaksikan kekalahan kepada Champion EPL 10/11 Manchester United dengan jaringan 2-4.Goal Man United dijaringkan oleh Park Ji Sung,Anderson dan Owen.Manager Ian Holloway described today's trip to league winners Manchester United as "bigger than Wembley". Arsenal seri dengan Fulham dengan jaringan 2-2.
Saturday, May 14, 2011
Belasungkawa
Penyanyi veteran era 60-an Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi. Penyanyi berusia 64 tahun itu dirawat di hospital tersebut dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia.Suami Allahyarham, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama, dikatakan berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah air (Papita) Datuk M Daud Wahid, yang juga sahabat Allahyarham, berkata Allahyarham Orkid berada dalam keadaan tenat baru-baru ini.
Katanya penyanyi yang popular dengan lagu "Penawar Rindu" itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.
Menurut M Daud, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi Khamis di mana beliau ditempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).Beliau yang merupakan seorang penyanyi rakaman popular Malaysia yang berdarah kacukan Arab dan Inggeris, sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.
Allahyarham yang juga merupakan bekas penyunting berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.
Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.
"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya.
Romy Jarr berkata bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.
Romy berkata Allahyarham merupakan seorang yang aktif sebagai aktivis dalam bidang seni.
"Walaupun kelihatan uzur tapi dia tetap bergerak ke pejabat dan melakukan tanggungjawabnya," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang.
p/s : Alfatihah
Harga Gula Naik
Kenaikan harga gula menjadi-jadi apabila Felda mengambil alih industri gula dari 'Raja Gula Malaysia' Tan Sri Robert Kuok sejak Oktober 2009.Pengambilan itu dilakukan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dengan nilai RM 1.2 billion tunai dan disenaraikan dalam Bursa saham Malaysia April lalu.Harga terbaru (10MAY) ialah RM 2.30.Gula adalah kandungan penting dalam makanan orang Malaysia dan ia menampakkan kesan kepada kenaikan harga barang dan keperluan harian secara besar-besaran.Untuk pengetahuan semua pengeluar-pengeluar terbesar tebu adalah Brazil,China,India, dan Pakistan merupakan 50% daripada pengeluaran dunia.
p/s : lepas ni tak terkejot lah kan kalau air teh o ais harga RM2
Tuesday, May 10, 2011
Khasiat Ratu Anai-anai
- Merawat penyakit mati pucuk
- Merawat masalah kesuburan bagi wanita
- menguatkan tenaga batin
- Menyembuhkan penyakit kencing manis pada peringkat awal
- Merawat masalah darah tinggi dan tekanan arah rendah
- Merawat penyakit buah pinggang
- Menerangkan penglihatan
- Membantu menguatkan tenaga
- Merawat sembelit
- Merawat lesu badan
p/s : kalau nak rawat mati pucuk boleh try gais
Saturday, May 7, 2011
kad Kahwin Zed Zaidi
Isi dalam kad kahwin
unik
Khabarnya Perkenalan Mereka Melalui Facebook Sebagai Ahli Rakan
Perniagaan.Tapi Jodoh Dan Kuasa Tuhan Kita Tak Dapat Menjangkakan.Pernikahan Pada
29 April Ini Mungkin Detik Bersejarah Bagi Mereka Nanti.Semoga Berkekalan Buat
Selamanya.
p/s : bara yang panas membara.
Tuesday, May 3, 2011
Semi Final 2nd League Champions League 'El Classico'
Barcelona Layak Ke Final Champions League Selepas Draw Dengan Real
Madrid. Sebelum Ni The Catalan Sudah Memenangi 3 Kali Kejuaraan Pada Tahun
1992,2006 Dan 2009. Barca Mungkin Akan Bertemu Samada Manchester United Atau
Schalke 04 Di Final 28 May Nanti.
Week 35
Perlawanan Minggu Ini
Menyaksikan Kejayaan Manchester United Untuk Merangkul Gelaran EPL Tertangguh
Akibat Gol Jaringan Ramsey Ketika Bertempur Di Stadium Emirates Semalam.Arsenal
Perlu Menang Dalam Perlawanan Ini Untuk Menghidupkan Peluang Mereka Untuk
Mendapat Gelaran Juara EPL Setelah Kempunan Lamanya Menunggu.Perlawanan Ini
Agak Kontroversi Dengan Diadili Pengadil Yang Berat Sebelah.Tapi Aku Relax
Sebab Pengadil Tu Sokong Man United.Kontroversi Juga Timbul Apabila Goal
Jaringan Lampard Dikira Sedangkan Bola Masih Ada Di Atas Garisan,
'Linesman' Pula Berdiri Jauh Dari Tiang
Goal Untuk Membuat Keputusan Ini.Fan Chelsea Kata Mengikut Undang-Undang FIFA Jaringan
Diterima Kerana Suku Bola Sudah Melepasi Garisan.Manchester City Pula Telah
Mengesahkan Tiket Untuk Ke Liga Juara-Juara Musim Depan Dengan Mengalahkan West
Ham United Yang Bergelut Di Tangga Terbawah Liga.Sejak Roy Hodgson Memegang
Kelab Bromwich Albion Itu,Kelab Itu Mencipta Kemenangan Dengan Bergaya Mengalahkan
Aston Villa.
P/S
: In Ferguson We Trust
Monday, May 2, 2011
Konspirasi Amerika Syarikat?
Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat, kata Presiden Barack Obama.
"Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden," kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

Menurut Obama, perisikan Amerika tahun lalu mendapat tahu bahawa Osama, yang merancang serangan pada 11 September 2011 berada di Pakistan.
"Minggu lepas, kita dapati telah cukup maklumat" untuk melancarkan serangan, kata Obama.
Operasi itu dilancarkan pada Ahad "atas arahan saya," kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Keadilan Telah dilaksanakan???
Obama mengucapkan terima kasih kepada kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang "membawa kami kepada bin Laden".
"Keadilan telah dilaksanakan," kata Obama. "Kematian Bin Laden menandakan kejayaan yang signifikan hari ini... usaha menumpaskan al-Qaeda," kata Obama.
Bekas Presiden Amerika Syarikat George W Bush meminta Rumah Putih mengucapkan tahuan atas kematian itu, lapor CNN.
Bekas Presiden Bill Clinton pula menggelarkan perkara itu sebagai "sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al-Qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak."
Rakyat Amerika kini mula berkumpul depan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
Senat negara itu sebelum ini menawarkan hadiah RM50 juta untuk nyawa Osama. Ia direstui oleh Bush sebagai presiden pada masa itu.

Sumber : Malaysia Kini
Sunday, May 1, 2011
Di Sebalik Kematian Adik Saiful Syazani
Antara petikan dari berita hairan
Kisahnya.....
Kematian adik Saiful
Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media
telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada
penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang
guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7
tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana
‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala,
suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya
dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami
pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca
lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal
dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga
seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di
asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan
pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga
menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes
tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan
rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih
curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan
Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry )
melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas
kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah
berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh
‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa
kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan.
Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah)
merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah
menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah
yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul
beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada
kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah
dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik
warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya,
dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan
telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.
Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal
yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut
dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam
bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah
membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil
menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing
gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas
ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital
tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu.
Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus
dimasukkan ke wad ICU.
Pada
malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan
memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h
pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke
icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang
3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya
pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah
cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan
baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca
melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah
angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang
kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama
keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful
tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang
berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia
tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah
setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang.
GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang
menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh
ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa
perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut
mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah
berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang
timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah
melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful
adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai
kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat
pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini,
meninggal akibat kekurangan oksigen.
Kami
juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung
oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur
ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian
berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah
Al-furqan, tempat kejadian )
Apa
yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’
peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga
berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai
senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS
bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah
keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat
mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif
kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik
yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang
bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada
mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
Subscribe to:
Posts (Atom)